Tuesday, August 12, 2008

KEHADIRAN ANAK-ANAK YANG TERSAYANG

Perkahwinanku dengan suamiku, Rizwan bin Ramli adalah atas perkenalan dari sahabat baikku di UITM-Erin yang sekarang telah futher study di Australia. Selepas 3 bulan perkahwinanku telah disahkan mengandung anak pertama tetapi rezeki kami tiada bila anakku meninggal tanggal Jun 2005 dan kami namakan "Rahim". Selepas empat bulan berehat alhamdullillah kami dikurniakan lagi dan selamat melahirkan Raidi Rizal bin Rizwan yang sekarang telah berusia 2 tahun 2 bulan dan telah mempunyai adik bernama Razin Rasyid berusia 6 bulan. Semua ini adalah kuasa Allah dan kami amat bahagia dengan anak-anak yang sentiasa memeriahkan kehidupan kami. Bila difikirkan beginilah ibuku dulu...

No comments: